" Baiklah, hari ini kamu semua akan menerima kehadiran seorang lagi pelajar baru. Aliyam perkenalkan diri kamu, " ujar Cikgu Kartini.
" Terima kasih cikgu. Assalamualaikum W.B.T. semua. Saya Aliya Natasha binti Nordin, berasal dari Yan, Kedah. Sekarang saya menetap di Cheras. " Ujar Aliya sambil melemparkan senyuman ke arah pelajar kelas itu.
" Baiklah, kamu boleh duduk di sebelah sana, sebelah Zainab, " ujar Cikgu Kartini sambil menuding jari ke arah Zainab.
Kehadiran Aliya sekaligus telah menarik perhatian semua jejaka di kelas itu. Aliya memiliki sesuatu yang tiada pada pelajar di kelas itu. Kecantikan, kesopanan serta tidak pernah lekang dengan senyuman. Bagaikan berada di syurga bersama dengan bidadari. Tidak terkecuali, Razif, pelajar paling popular di sekolah. sekiranya ada yang bertanyakan mengenai Syed Razif bin Syed Azman, hampir tiada seorang pun yg menjawab tidak kenal. Waktu persekolahan berlalu seperti biasa, tiada perkara pelik yang berlaku.
Rutin harian Razif pada waktu petang ialah menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya di Blue Bistro dengan melayari internet sambil berbual mengenai isu-isu semasa. Tiba-tiba, Zamri menyampuk.
" Korang ingat lagi tak awek cun yang baru masuk kat kelas kita tu. yang duduk sebelah Nab tu? Sape nama dia? Aku xberapa ingatla. Abaikan, tapi aku ad plan baik punya. Korang nampak tak dia kat sana tu, keseorangan. Macam ni, ak cabar. Siapa yang dapat tackle dia, ak bagi dia RM 50. Berani? "
Masing-masing memandang Razif seolah-olah hendak Razif yang menerima cabaran itu. Razif yang dari tadi leka memandang Aliya, terkejut.
" Apa kata kau cuba ayat Aliya, aku nak tengok kau dapat ke tak. Kau kan pelajar paling popular kat sekolah. "
" Okey, aku setuju. Tapi aku nak extra. RM150. "
Tanpa sempat mendapat perstujuan dari kawan-kawannya, Razif menuju ke arah Aliya dengan penuh yakin.
" Assalamualaikum, saya Razif. Kawan sekelas awak. Awak ni Aliya kan. Boleh berkenalan, " tegur Razif sambil menghulurkan tangan tanpa segan silu.
" Waalaikumussalam, "
Huluran Razif ditolak mentah-mentah oleh Aliya. Hanya salam sahaja yang diungkapkan. Razif menarik tangannya semula sambil berlalu pergi meninggalkan Aliya dengan kawan-kawannya.
" Kenapa kau tak layan dia? Kau tau tak dia tu siapa? " Tegur Zainab.
" Bukan aku tak nak, tapi seganlah. Malu aku. " Balas Aliya.
Beberapa hari kemudian, Razif menerima sepucuk surat. Pada mulanya dia hanya abaikan sehaja surat itu kerana sangkaannya dari orang yang meminatinya. Namun, sikap ingin ingin tahu yang kuat menyebabkan niatnya untuk membiarkan surat itu terbantut. Apabila sampai di rumah, setelah dia membaca surat itu, baru dia tahu siapa yang menghantar surat itu.
Assalamualaikum,
Maaf andaikata surat ini mengganggu masa awak. Sebenarnya, tujuan saya menulis surat ini kerana ingin memohon sejuta kemaafan di atas sikap saya tempoh hari. Awak pasti akan malu dengan kawan-kawan awak kan. Maaf ye. Saya sudi untuk berkenalan dengan awak, cuma hari tu saya segan sikit. Saya menerima salam persahabatan kita dengan lafaz Assalamualaikum.
013-6XXXXXX
Aliya
Tanpa membuang masa, Razif segera mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Aliya. Disangkakan panas terik di siang hari, rupanya hujan datang melanda. Razif tetap menagih harapan untuk terus mencuba tanpa henti agar Aliya menjawab panggilannya. Setelah mencuba, akhirnya panggilannya berbalas.
" Assalamualaikum, " sapa Razif.
" Waalaikumussalam, siapa ni? Boleh saya tau? " Balas Aliya.
" Saya ni, Razif. Awak ingat lagi tak? Awak ada bagi nombor awak dekat saya. Kita pernah jumpa dekat Blue Bistro. Ingat lagi tak? " Jawab Razif.
" Oh, awak. Saya dah ingat dah siapa awak... "
Mereka berbual panjang sehingga tidak menyedari masa berlalu pantas. Bermula detik itu, hubungan mereka menjadi semakin erat sehingga di sekolah, mereka digelar belangkas. Pada mulanya mereka sekadar menafikannya namun hubungan mereka mula terbongkar apabila Zainab perasan mereka berdua sedang bermesra di dalam McDonald. Saat itu, mereka sekadar mengiyakan sahaja. Namun, kita hanya merancang, Allah lebih mengetahui apa yang berlaku. Percintaan mereka berhenti di pertengahan jalan apabila suatu kejadian yang tidak diingini berlaku.
" Awak, malam ni kita keluar nak? Kawan saya ajak saya ke restoran dia sebab dia nak saya ada bersama dia untuk merasmikan restoran dia. "
" Boleh, tapi. Ada syaratnya. Yang pertama, awak mesti hantar saya pulang sebelum pukul 10.00 malam. Kalau tak, umi akan marahkan saya. Yang kedua dan terakhir, saya nak singgah ke kedai buku kejap. Nak cari buku. Okey? " Balas Aliya.
" Baiklah, saya janji. " Balas Razif dengan penuh kegembiraan.
" Umi dan ayah saya izinkan. Kebetulan pula saya memang nak keluar membeli buku. Ayah pula malas nak temankan saya. Awak boleh temankan saya apabila dua permintaan saya tu dipenuhi. "
" As you wish my dear, " ujar Razif.
Tepat pada waktunya, Razif menjemput Aliya di rumahnya serta meminta izin dari ibu bapa Aliya. Mereka terus menuju ke kedai buku setelah menerima nasihat dari ibu bapa Aliya.
" Awak nak beli buku apa? "
" Adalah, awak tengok je nanti. " Balas Aliya sambil bergegas ke ruangan bahan ilmiah yang berkaitan dengan agama.
Kemudian dia mengambil lima buah buku. Razif sekadar membontoti sahaja Aliya dari belakang.
" Awak beli buku apa tu? Nampak macam menarik je, " tegur Razif.
" Umi saya, minta belikan tiga buku ni. Yang dua buah buku ni milik saya. Sambil menyelam, saya minum air, hehe " balas Aliya sambil tersenyum manis.
Razif hanya mampu tersenyum. Dalam hati dia, dia sungguh gembira kerana senyuman itulah yang telah mencairkan hati dia. Kerana senyuman itu jugalah, dia telah membuka pintu hati dia untuk menerima kehadiran seorang perempuan.
" Okey, kita da sampai da. Jom, sayang. Kawan saya dah panggil dah tu, " ujar Razif.
Tepat pukul 9.30 malam, mereka meminta izin untuk pulang awal atas janji yang Razif kena tunaikan. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berbual tentang restoran sahabat Razif. Setibanya di rumah Aliya, bagaikan dipanah petir, Razif memegang tangan Aliya. Aliya terkesima seketika seraya menarik tangannya sepantas kilat. Razif cuba untuk mencium Aliya dan tanpa diduga, satu tamparan hinggap melekat di pipi Razif. Razif terkejut.
" Maaf, saya bukan insan yang murah untuk menerima ciuman awak. Saya.... Saya minta maaf, " Aliya berlalu pergi bersama tangis esaknya.
" Aliya, maafkan saya, " Razif cuba mengejar Aliya sedaya upayanya.
" Saya tak sangka awak sanggup buat begini dekat saya. Saya ingat cinta kita tulus, suci. Tapi, awak. Awak! Awak da cemarkannya. Mulai saat ini, antara kita tiada apa-apa. Saya dan awak, tidak lebih, hanya sekadar kawan. "
Bagaikan dihempap batu konkrit. Razif terdiam seketika. Dia terduduk sambil matanya menyaksikan Aliya berlalu pergi menuju ke rumahnya. Dia tertunduk malu atas kekhilafan yang dilakukannya sebentar tadi.
" Ya Allah, apa yang telah aku lakukan sebentar tadi. Aku benar-benar bersalah pada dia. Bantulah hambaMu ini, " monolog Razif sendirian.
Razif pulang ke rumahnya dalam keadaan hampa. Semasa hendak mengunci pintu keretanya, Razif terlihat satu bungkusan plastik berisi buku di bawah tempat duduk di mana Aliya duduk sebentar tadi. Baru dia teringat, Aliya berlalu pergi tanpa sempat mencapai bungkusan plastik ini. Razif membawa beg plastik ini dan meletakkannya di atas katilnya. Sebelum sempat melelapkan matanya, Razif menelaah sebentar buku-buku yang dibeli oleh Aliya tadi. Buat seketika, dia insaf serta menyesal akan perbuatan yang telah dilakukan olehnya ke atas Aliya seketika tadi. Keesokannya harinya, Razif menuju ke rumah Aliya bertujuan untuk memohon kemaafan sekaligus ingin memulangkan buku-buku yang telah ditinggalkan oleh Aliya malam semalam.
" Apa awak nak lagi ni. Buat apa awak datang ke rumah saya. Kan antara kita tiada apa-apa.a harap w Sudahlah awak, "
Razif kasihan apabil melihat wajah Aliya yang kusam serta terlihat jelas di matanya kesan akibat terlalu lame mengeluarkan butir-butir jernih dari matanya. Namun, dia perlu menyelesaikan tujuannya ke situ.
" Tujuan saya ke sini adalah kerana saya ingin memohon sejuta kemaafan atas kekhilafan sikap saya semalam. Dan, ni buku awak. Semalam awak tertinggal dekat tempat duduk awak. Saya minta maaf juga sebab menyelak buku-buku awak tanpa izin awak. Saya tau hati awak tu terluka kerana saya. "
Sejauhmana marah Aliya pada Razif, namun hatinya tetap jua menerima kemaafan Razif walaupun sukar untuk dia menerima sikap Razif semalam.
" Saya maafkan awak, semalam lagi saya dah maafkan awak, "
" Awak, boleh tak kita berjanji untuk satu perkara. Saya harap awak dapat tunaikan permintaan saya, "
" Apa dia awak? "
" Boleh tak, boleh tak kita buat perjanjian. Kita sama-sama buat yang terbaik dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang nanti. Kemudian, kita sama-sama berjumpa di IPT kemudian hari, " ujar Razif.
" InsyaAllah, sekiranya saya mampu tunaikan, saya akan tunaikan. Saya akan cuba sedaya upaya saya, " balas Aliya.
Pada peperiksaan SPM, mereka bersama-sama menempuh ujian SPM demi menunaikan janji yang dimeterai bersama. Setibanya keputusan SPM keluar, Razif dikerumuni oleh guru-guru dan sahabat-sahabatnya sambil telinganya tidak putus-putus mendengar ucapan tahniah daripada mereka. Namun, semua itu tidak sedikit pun mengganggu Razif. Mata Razif meliar mencari kelibat seorang insan yang bersama-sama memeterai perjanjian suatu ketika dulu.
" Aliya, di mana kau sayang, " monolog Razif tanpa menghiraukan kerumunan orang di sekelilingnya.
" Cikgu, Aliya mana? Saya tak nampak pun dia, " Tanya Razif kepada Cikgu Kartini.
" Oh, Aliya. Dia awal-awal lagi dah ambil keputusan SPM dah. Katanya ada hal mustahak yang terpaksa diselesaikan, " balas Cikgu Kartini.
" Terima kasih cikgu. " Balas Cikgu Kartini.
Selepas usai urusannya di sekolah, dia bergegas menuju ke rumah Aliya. Malangnya kedatangnnya di situ tidak menampakkan hasil kerana setibanya di sana, dia mendapati rumah itu telah kosong. Dia ada bertanyakan mengenai keluarga Aliaya melalui jiran sebelah rumah Aliya. Menurut kata jirannya, keluarga Aliya telah berpindah ke tempat lain dan rumah itu akan disewakan kepada penyewa baru.
" Encik Razif, awak okey ke? " Tegur urusetia di kampus UiTM Shah Alam.
Dia bakal meneruskan pengajian di situ dalam jurusan Pengajian Perniagaan. Dia mengelamun seketika kerana terlihat sebaris nama yang seakan-akan serupa dengan nama bekas kekasihnya dulu, Aliya Natasha binti Nordin. Nama itu betul-betul tidak asing bagi dirinya. Tiba-tiba dia ditegur dari belakang. Suaranya itu sama seperti dulu. Tidak pernah berubah. Lantas dia menoleh untuk melihat siapa empunya suara itu. Dia bagaikan orang bisu, hanya mampu berkata sepatah sahaja.
" Awak... "
*Karya ini dipetik dan diubahsuai daripada... karya aku sendiri. hehe komen kalian amat-amat dialu-alukan. hasil nukilan nie atas dorongan dari seseorang, someone who special in my heart.