" Syifa', cepatlah. Aku dah lapar ni, " sahut Suhana dari jauh.
Untuk pengetahuan pembaca, aku dengan Suhana telah berkawan rapat sejak dari tingkatan satu lagi. Pada masa tu, aku macam rusa masuk kampung. Almaklumla, aku budak bandar masuk kampung. Untung dia ada, dia banyak bantu aku sesuaikan diri di sekolah ni. Cuma, yang bezanya Suhana mula masuk ke asrama sejak dari tingkatan satu sedangkan aku pula semasa tingkatan empat baru aku masuk ke asrama.
" Eh, kau ni. Kesitu pula. Aku taula kau sebenarnya ada hati dekat cikgu Haziq kan. Mengaku jela. Macamlah aku tak tau setiap kali kau ke bilik guru mesti pandang cikgu Haziq. Tak pernah sekali aku tengok kau ke sana tak tengok cikgu Haziq, "
" Hehe, kantoi pula. Ni yang buat aku sayang dekat kau ni. Kau memahami diri aku, " balas Suhana sambil memeluk Syifa' erat.
Aku tersenyum sendirian melihatkan telatah manja Suhana. Sejak aku kenal dia, sehingga kini perangainya tidak pernah berubah. Sifat manjanya sikitpun tidak kurang. Maklumlah, dia anak bongsu.
***************************
Pada waktu rehat, aku dan Suhana menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Haziq. Sampai saja di sana, Suhana menunjukkan jarinya ke arah cikgu Haziq yang sedang duduk di pondok rehat di luar bilik guru. Aku terlihat di atas meja sepucuk surat berwarna coklat. Cikgu Haziq melihat kami kemudian tersenyum seraya mengarahkan kami duduk berhadapan dengannya.
" Tujuan saya mengajak Syifa' ke sini kerana saya ada benda hendak dibincangkan dengan kamu. " Ujar cikgu Haziq sambil menghulurkan sepucuk surat ke arah aku.
Aku tertanya-tanya mengenai isi kandungan surat itu. Namun, naluriku mengatakan surat itu bakal mendedahkan kebenaran. Aku melihat cikgu Haziq cuba menyusun kata-kata bagi menyampaikan apa yang terbuku dihatinya. Walau apa pun yang bakal cikgu Haziq ujarkan, aku akan cuba bersedia dengan apa yang dia ingin sampaikan. Ku lihat cikgu Haziq sudah bersedia untuk meneruskan bicaranya.
" Ceritanye begini. Semasa saya berumur 20 tahun, umi dan ayah saya membongkarkan satu rahsia yang selama ini mereka rahsiakan. Untuk pengetahuan Syifa', umi pernah melahirkan seorang anak perempuan semasa saya berumur 5 tahun, kemudian... "
Kemudian, apa yang cikgu bualkan sikit pun tidak menarik perhatian aku. Aku mula bermonolog sendirian. Adakah aku anak yang dikatakan itu. Mustahillah, ibu aku cakap aku nie anak tunggal.
" Syifa'? Kamu dengar tak? "
Lamunanku terhenti sambil melihat cikgu Haziq dan Suhana memandangku dengan penuh tanda tanya. Aku tersenyum dan mengangguk menandakan cikgu Haziq boleh meneruskan bicaranya.
" Umi beritahu semasa adik perempuan saya berumur 2 bulan, umi terpaksa menyerahkan adik perempuan saya kepada seorang pegawai kerajaan kerana semasa itu, umi dan ayah hampir-hampir muflis. Ketika itu, hidup kami kais ibarat pagi makan pagi kais petang makan petang. Jadi, dengan berat hati, umi terpaksa menyerahkan anak perempuannya kepada pasangan tersebut. Pasangan tersebut berjanji mereka akan berjumpa semula dua belas tahun kemudian. Namun, kerana telah terputus hubungan, pertemuan itu tak dapat diteruskan, " ujar cikgu Haziq panjang lebar.
" Ayah nak saya cari semula adik perempuan saya semula. Ayah nak sangat jumpa anak perempuannya, alhamdulillah setelah saya berusaha selama ni, saya telah berjumpa semula dengan adik perempuan saya. Orangnya memang ada iras dengan umi. Matanya, bibirnya sebiji serupa dengan umi. Orangnya betul-betul ada di hadapan saya. Namanya Nurul Ain As-Syifa'. " sambungnya lagi
" Ha? Biar benar, " celah Syifa' dan Suhana serentak.
" Cikgu jangan main-main dengan saya. Benda begini bukan boleh dibuat main-main cikgu. Ni ada kaitan dengan soal hidup saya. Susah saya nak terima. Hal ni dah melibatkan ibu dan ayah saya, " sambung Syifa'.
Suhana hanya mendiamkan diri kerana dia sendiri terkesima dengan apa yang baru saja didengarinya. Dia hanya memandang saja gelagat kami berdua.
" Syifa', abang serius ni. Abang tak main-main. Abang takkan jadikan benda begini sebagai mainan. Sebenarnya, abang sudah melakukan siasatan. Abang sendiri sudah bersemuka dengan ibu dan ayah Syfia'. Mereka telah mengakui dekat saya mengenai hal ni. Mereka sendiri telah meminta saya supaya memberitahu dekat Syifa' kerana mereka tidak sanggup menceritakan hal yang sebenarnya dekat Syifa'. Kalau Syifa' tak percaya, dalam surat ni ada segala maklumat yang bermain di fikiran Syifa'. "
Aku hanya mendiamkan diri dan mengambil sampul surat yang berada di hadapanku. Kemudian aku beredar dari situ disamping pelbagai perosalan bermain difikiran aku. Aku tak dapat menumpukan perhatian sepanjang waktu belajar berlangsung. Aku mengelamun sendirian.
***************************
Ketika aku hendak pulang ke asrama, cikgu Aishah perasan mengenai perubahan tingkah lakuku.
" Whats wrong with u Syifa'? Is there somethning wrong? " Tegur cikgu Aishah.
" Tak, tak ada apa-apa cikgu. Mungkin saya penat kot. Semalam kan ada latihan sukan. Tu yang nampak pucat sikit, " terangku cuba untuk menyembunyikan hal yang sebenar.
Sebaik saja aku masuk ke dorm, sewaktu hendak belajar, otak ku berputar ligat memikirkan mengenai perkara yang usai berlaku tadi. Buku yang aku baca aku tutup. Aku tak dapat menumpukan perhatian. Aku perhatikan sahaja sampul surat yang berada di sebelah aku. Aku hanya mampu menatap saja. Untuk membuka dan mengetahui isi kandungan surat itu, aku masih belum mampu lagi. Suhana datang menghampiriku.
" Oi, Syifa'. Kenapa ni? Ni mesti kes kau dengan cikgu Haziq kan. Kau dah bukak ke belum surat tu? Dah baca isi kandungan surat tu? " Tegur Suhana sekaligus menyedarkan aku dari bermimpi di siang hari.
Aku hanya mampu menggeleng. Suhana memandangku seraya melemparkan senyuman ke arahku. Aku tau dia cuba untuk memulihkan semula semangatku.
" Bukalah sampul tu. Tengok apa isi dalam surat tu. Kemungkinan kebenarannya ada di dalam surat tu. Mungkin juga cikgu Haziq buat silap atau sengaja permainkan kau. Apa-apa pun kau kena tabah. Aku sentiasa berada disamping kau. Susah dan senang. "
Inilah sahabat dunia akhirat aku.Sedikitpun tidak pernah kurang dari terus memberi nasihat dan semangat disaat aku perlukannya. Tidak kiralah sewaktu senang mahupun susah, dia pasti akan bersama dengan aku. Dalam sifat manja Suhana, ada masanya dia akan jadi matang mengikut keadaan seperti yang berlaku sekarang. Aku tersenyum melihat gelagat Suhana. Aku mengambil sampul surat tersebut lalu menyerahkannya kepada Suhana.
" Kau bukakan ye Ana. Boleh tak? " Pintaku mengharap.
Suhana senyum lalu mengangguk. Dia mula membuka sampul tersebut. Hatiku berdebar-debar. Apa agaknya yang ada dalam surat tu. Suhana mula mengeluarkan segala isi di dalam sampul surat tu. Satu persatu, bermula dengan surat beranaknya, bil hspital, surat penyerahan anak untuk dijadikan anak angkat, sepucuk sampul surat dan keputusan ujian DNA.
" Ujian DNA? Bila aku ada bagi DNA dekat dia? Siapa yang bagi DNA aku? "
Aku memandang ke arah Suhana dengan pandangan tajam. Suhana mula tidak tentu arah, pada firasatku ni mesti kerja dia. Dia mula hendak memulakan bicara bagi merungkai persoalan yang bermain di firasatku. Namun, aku terlebih dahulu mencelah.
" Takpe, aku faham. Kau tak payah cakap, aku dah tau dah. Kalau bukan kau, siapa lagi kan? "
Dia tersengih sambil mengangguk perlahan mengiyakan persoalanku.
" Selama ni kau berpakatlah dengan dia ye. Dan aku? Kau sikitpun tak nak bagitau aku. " Balas Syifa' bernada sedikit sedih.
" Sorrylah. Aku bukannya sengaja. Dia betul-betul perlukan pertolongan aku masa tu. Aku pun apa lagi, pantang orang yang aku minat minta tolong, terus cair. Lagipun dia cuma minta sehelai dua je rambut kau. Tak habislah rambut kau kalau aku ambil sehelai dua, " pujuk Suhana agar Syifa' termakan dengan pujuknya.
Hanya Suhana saja yang pandai pujuk aku tatkala aku berada dalam kesedihan.
" Pandai kau pujuk aku kan. Aku tengah sedih ni, kau sempat lagi buat lawak dengan aku, "
Suhana cuba mengelak dari terus membiarkan dirinya kantoi. Dia menyatakan ingin pergi mandi. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah peliknya. Sebaik dia menghilang dari pandanganku, aku terus mengambil isi sampul yang bertaburan di atas katilku. Isi pertama yang aku ingin lihat ialah keputusan ujian DNA aku dan cikgu Haziq. Hasilnya ialah positif. Aku menghela nafas panjang. Sebenarnya aku memang teringin ada seorang abang, namun bukan begini caranya. Aku mula serba salah. Tidak tahu apa lagi yang perluku lakukan. Kemudian, aku mula mencari sepucuk surat. Sebab utama ialah di atas sampul surat itu tertulis namaku. Aku mula membuka.
To my beloved sister, Nurul Ain As-Syifa',
Assalamualaikum, abang harap Syifa' sudi membaca warkah yang abang titipkan khas untuk Syifa'. Abang akan menjawab segala persoalan yang bermain di minda Syifa' sekarang ni. Sejak umi dan ayah abang menceritakan hal yang sebenar, abang mula mencari Syifa'. Sejak itu, abang jumpa bermacam-macam jenis orang. Ada yang menyamar bertujuan untuk mengikis harta abang, ada yang hanya kepuasan semata-mata. Mujurlah kak Iqa banyak menolong abang, menyokong abang serta banyak memberi abang nasihat dan semangat tatkala abang hampir putus asa mencari adik abang yang seorang ini. Tidak abang sangka, rupa-rupanya mencari adik abang merupakan suatu tugas yang amat sukar untuk ditempuhi. Satu saja pesan abang, Syifa' jangan sesekali membenci umi dan ayah. Mereka ada sebab yang tersendiri untuk buat begitu. Mereka terpaksa melakukannya. Desakan hidup memaksa mereka membuat keputusan yang begitu sukar sekali. Semua itu demi masa depan Syifa' sendiri. Tapi sekarang keadaan sudah berbeza, ayah sedikit demi sedikit meniti kejayaan hasil perniagaannya sendiri. Namun, apa yang mereka tiada ialah anaknya yang ditinggalkan semasa kecil. Mereka terlalu merindui Syifa'. Setiap masa mereka berdoa semoga dapat dipertemukan mereka dengan anak perempuan mereka sendiri. Abang harap Syifa' tidak menghampakan harapan umi, ayah serta abang sendiri. Sebenarnya, abang dapat tahu mengenai Syifa' ketika kak Iqa memberitahu mengenai Syifa'. Kak Iqa terbaca surat beranak Syifa' sekaligus menyalin dan beri dekat abang. Semasa abang tengok, kebetulan surat beranak Syifa' yang berada di tangan abang serupa. Dari situ, abang berusaha untuk menjejaki Syifa'. Jalan terakhir ialah dengan menjadi guru ganti di kelas Syifa'. Akhir kalam dari abang, Syifa' fikir-fikirkanlah mengenai hal ini. Buat keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak. Abang mewakili keluarga abang menyambut baik kedatangan Syifa' di keluarga kami semula.
Assalamualaikum...
Your Brother,
Haziq
Aku menangis teresak-esak sewaktu membaca warkah yang dikirim oleh cikgu Haziq merangkap abangku sendiri. Air mata diseka dan dia bulatkan tekad yang dia akan membuat keputusan dengan sebaiknya. Pada malam itu, Aku melakukan solat hajat dan istikharah bagi mengetahui apa yang perlu dilakukannya kelak.
***************************
Keesokan harinya, Aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki kelas Sejarah. Bukan kerana aku tidak minat Sejarah, tetapi kerana aku masih belum punya kekuatan untuk berjumpa dengan cikgu Haziq. Aku hanya mampu melihat dari jauh saja melihat cikgu Haziq mengajar. Nasib aku baik kerana cikgu Halim merangkap cikgu disiplin tidak melakukan rondaan bagi mengenakan tindakan ke atas pelajar ponteng kelas. Sebaik sahaja cikgu Haziq keluar dari kelas, serta merta aku menuju ke arahnya dan berdiri dihadapannya. Dia sedikit terkejut mengenai kehadiranku di hadapnnya.
" Saya nak bincang sesuatu dengan cikgu, sekarang, " sapa Syifa' bernada serius.
" Baiklah, nanti tak boleh ke? " Tanya cikgu Haziq.
Aku memandangnya dengan pandangan yang serius. Cikgu Haziq mengeluh dan mengangguk sambil menghulurkan tangan bagi memberi laluan kepadaku. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik guru, kami berbincang. Aku memulakan dahulu. Aku menyatakan bahawa aku mengakuinya sebagai seorang abang kepada seorang adik. Aku juga bersedia untuk berjumpa umi dan ayah jika ada masa yang terluang. Mungkin ketika semua pelajar pulang ke kampung. Dia kelihatan gembira mendengar penjelasan dariku dan menyatakan kesudiannya untuk membawa ku kepada keluarga kami.
" Abang ada berita yang agak kurang baik untuk Syifa'. Berkenaan keluarga angkat Syifa'. Err, mereka... Macam mana ni, ok. Sebenarnya mereka sudah ke luar negara malam tadi. Mereka tak nak beritahu kamu kerana mereka sudi menyerahkan semula Syifa' dekat keluarga asalnya. "
" Ha! Abang tak tipu kan. Baru malam tadi Syifa' telefon mak dan ayah. Dari nada mereka, tak nampak macam mereka nak tinggalkan Syifa'. Mereka baik-baik sahaja, " balasku dengan nada sedikit terkejut dan sedih.
" Memang pun, macam abang cakap tadi. Mereka merahsiakannya sebab mereka malu dengan apa yang mereka lakukan itu. Abang dapat tahu pun melalui umi dan ayah. Ayah telefon abang, beritahu hal ini. Mak dan ayah Syifa' telefon setengah jam sebelum mereka berlepas ke sana. Ayah pun tak dapat nak buat apa-apa. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Mereka merancang semua ini sejurus selepas mereka mengetahui mengenai hal kita. Mereka beritahu, kita boleh berjumpa mereka pada bila-bila masa, " balas cikgu Haziq lebar.
Aku terkesima, senyap. Terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan mereka buat kali terakhir. Banyak kenanganku bersama dengan mereka. Maklum sajalah, mereka membesarkanku sejak dari kecil lagi. Aku benar-benar terhutang budi dengan mereka walaupun aku merasa tertipu.
***************************
Semasa cuti sekolah, aku tinggal di rumah keluargaku sendiri. Rumahnya agak besar bagiku. Sebuah banglo tiga tingkat yang terletak di Kota Damansara. Mereka menerimaku dengan hati yang tebuka. Walaupun aku masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan baik, aku tetap boleh menyesuaikan diri kerana sikap mereka. Aku juga telah berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan rumah atas permintaan umi yang tak mahu berenggang denganku. Pada mulanya aku agak keberatan tapi memikirkan kerana umiku sayang, aku bersetuju juga tapi dengan syarat, aku tetap dengan aliran yang aku pilih sewaktu berada di SMK Tun Za'aba. Sehingga kini, aku masih berhubungan dengan mak dan ayahku yang berada di Australia. InsyaAllah, pada hujung tahun, kami sekeluarga akan ke san. Hal ini kerana ayah sudah berjanji denganku untuk membawa kami ke sana pada hujung tahun. Mereka bahagia di sana. Mereka menjadi keluarga angkat bagi program pertukaran budaya di bawah rancangan Malaysia-Australia.
Cikgu Haziq? eh, abang. hehe dia sekarang telah mengambil alih perniagaan ayah setelah tamat menjadi guru ganti. Yang paling aku gembira ialah rumah ini bakal dimeriahkan lagi oleh kehadiran seorang lagi cahaya mata. Kakakku mengandung tiga bulan. Kami semua gembira dan bersyukur atas rezeki yang Allah beri. Aku bersyukur dan mengucapkan terima kasih dekat abangku yang telah berusaha untuk menyatukan kami semua. Nurul Ain As-Syifa' binti Ismail, sekali lagi menerima kebahagiaan dari Allah. Alhamdulillah.
Eh, ak lupas pasal sahabat baikku, Suhana. Masuk je ke tingkatan lima, dia serta merta berpindah ke sekolah yang sama denganku. Dia betul-betul tak boleh bila tak ada aku dekat depan mata dia. Tapi, itu yang buat aku sayang dekat dengan dia. Susah senang sanggup bersama. Dia tinggal di asrama, bila cuti je dia akan tinggal denganku. Umi dan ayahku menerima dengan hati terbuka. Mereka dah anggap Suhana macam anak mereka sendiri